Monday, November 2, 2009

KEISTIMEWAAN PEREMPUAN

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu
lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah
para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan
dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi
nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti
keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu
nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah
memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang
yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan
diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada
keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan
seolah-olah dia memerdeka kan anak NabiIsmail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk
kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).

10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara
kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja
yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya
terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah, "Ibu nya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu
mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada
suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di
dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab,
maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
bagi nya dari api neraka.

oleh : Kamarul Sadila

No comments:

Post a Comment