Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Hari ni merupakan hari akhir persekolahan sebelum cuti raya. Pejam celik pejam celik dah hampir nak raya. Tak sedar Syawal hampir menjelma meninggal Ramadhan yang penuh keberkatan. Mungkinkah kita akan bertemu Ramadhan lagi ditahun hadapan ? Semoga Allah memanjangkan usiaku bagi meraikan Ramadhan ditahun hadapan. Amin !!!!
Sebelum bersurai hari ini kami warga SKP mengadakan perhimpunan bersama anak didik kami sambil saling bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Maklumlah berada di bawah satu bumbung pasti ada yang tercuit sana-sini, adatlah kan. Majlis agak kurang meriah kerana ada rakan-rakan yang mengambil cuti lebih awal, so tak cukup korumlah gamaknya. Buat rakan-rakan semua kosong-kosong ok!. Maklumlah aku ni insan yang tak sunyi dari melakukan kesilapan.
Buat semua rakan-rakan ,
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin dariku sekeluarga.
Silalah singgah ke teratak burukku, boleh kita raikan kedatangan
Aidil Fitri bersama-sama

No comments:

Post a Comment